Thursday, August 6, 2009

~15 Motivasi Diri~

diambil dari buku "Be A Happiest Woman, tulisan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni..renungkanlah khas buat wanita...


"ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat"


"perihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. jangan bawa kebencian, anda akan dihargai"


" bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menanti kamu"

"nyahkanlah segala duka dengan mengingati semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda"


"ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pon di dunia boleh mendapat segala keinginannya"

"contohilah pohon kurma tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling dengan batu ia membalas dengan menggugurkan buahnya"

adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? lantas apa gunanya anda bersedih?"

"jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan jiwa"


"siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda"

"takutlah kepada doa orang yang dizalimi dan kepada airmata orang yang tidak berdaya"

"wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau"


"renunglah semula masa lalu dan masa depan anda. insaflah bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa yang datang silih berganti, orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat itulah yang menang"


"perkara yang paling sukar akan menjadi lebih mudah jika disertai dengan senyuman dari yang iklas"

"sebenarnya kebahagiaan anda bukan ditentukan orang lain, tetapi ditentukan oleh dirimu sendiri.. esok matahari memancarkan sinarnya dan jiwa akan berbahagia"


"berbahagialah hari ini, jangan menangguhnya hingga hari esok"





2 comments: