Wednesday, February 13, 2013

~sweet bandoeng~

memandangkan terlalu bz dan terlalu malas nak update trip ke bandung ini.. silalah baca cerita di bawah yg dicopy paste khas dari blog seseorang..(kami adik beradik, mmg kami berkongsi) hehee
p/s: mungkin anda pernah terbaca di blog len, sila skip sekiranya bosan yeee  =)


Hari ni baru la sempat nak update cerita Bandung. Jenuh jugak nak resize gambar satu2 nak masuk blog ni. Sebab tu dekat sebulan pergi, baru sempat nak update. Trip Bandung 3 hari 2 malam. Sepatutnya kitorang pergi 4 hari, tp 3 hari pun cukup lah. Nak jenjalan kan.

Dari Malaysia, flight pukul 6.40. Ayis dengan Sya kite hantar die naik shuttle bus dekat kl sentral tu. Tak muat la nak naik keta semua kan. Yang lain bakal menantu pilihan tolong hantar straight to LCCT. 


Flight subuh, bestlah. Tengok sunrise. Tapi kejap je jaga sebab masing2 lalok tido je. Sampai Bandung 8.30 waktu Malaysia. 7.30 waktu Bandung. Beza Malaysia dengan Bandung, lewat sejam. Sama mcm Msia Thai. 

Sampai Bandung, supir kitorang dah tunggu. Dani nama die. Semua pun perut dah kriok kriok tak mkn, Dani bwk kitorang breakfast dulu. Nak jalan pun, awal sangat.

1) First place, Kartika Sari. 

Kartika Sari lagi fames jual2 cookies, kek segala mcm kek. Tapi dekat tingkat atas, ada cafe. So boleh lah lepas shoping kek tu, mkn kat ats ats pulak. 



Exclusive jugak tempat dia.Si Dani ni memang keja dia bwk tempat2 mahal je. Tapi mahal Rupiah, compare dengan kita berapa je kan. 


Breakfast kat Bandung semua makanan berat2. Dah macam mkn lunch. Tapi, memang superb!!! Sedap gile.  Murah dan sedap. Uiii, rindu pulak nak makan mknn Bandung. Ada nasi rames. Nampak mcm telur tu, ha tu sedap! Dalam tu ada jagung. Lepas tu sambal goreng dia pun sedap. Tak sama mcm kat sini. 


Ni air mineral paling fames kat Bandung. Mintak air mineral, memang dorang akan bagi air aqua ni. Tapi kalau nak air manis, memang akan dapat teh botol la. Aku tak suka, sebab rasa dia mcm jasmine tea. 


kat Bandung ni, memang bersepah la orang mintak sedekah. Tapi biasanye Dani mesti bagi, paling2 pun 1000rp. mcm 30 sen duit Malaysia. 

2) Pasar Baru
Next destination, Pasar Baru. Shoping time.  

Tepi jalan nak pg Pasar Baru, belambak orang jual2 atas benda ni. Macam roda2 ni. Lupa la apa Dani ckp hari tu. Jangan beli, makanan tepi2 jalan mcm ni sebab tak tentu hygiene lg. Nanti ha, memang boleh sakit perut. 

Ni Dani dengan ayah. Supir kitorang. TIPTOP Dani ni.

Ni tingkat atas. Pasar Baru ni kalau kat sini macam Padang besar tu. Cuma kat sini tinggi. 7 ke 8 tingkat kalau campur ground floor dia. 

Nak beli lace, datang la sini. Murah! Kalau kat Jakel beribu, kat sini dapat 6++ je. Tu tokey dia. Macam Salman Khan hokey! haha. Duduk sini, dorang hidang teh botol, air wajib kt Bandung ni. Dengan kek lapis. Kenyang!


Taraaaa. Ni lace nikah saya. Tak sampai 5 minit dia buat ni.

3) Toko Tiga

Levis!!! Paling best kat sini. Jeans, hackett semua murah2!!! Baju superhero lagi la best. 

4) Factory Outlet - Jalan Dago, Rumah Mode. 
kat sini, lite2 je. tak best sgt. Tapi, kalau sape suka kumpul baju had rock ke, ha. boleh cari kat sini. hard rock around the world bolehdpt kat sini. dalam 20 lebih mcm tu je. 






5) Nasi Padang Sederhana

Baca blog orang, yang datang Bandung mesti akan singgah makan dekat Nasi Padang Sederhana  ni. Sedap!!  Harga pun ok, sederhana. Satu family makan, dalam seratus lebih mcm tu je. Tapi, makan kat sini, just minum air kosong. Tak pun Teh Panas. Sedap tapi tawar. 


Kat sini style, kau dtg, duduk je. nnt dia hantar lauk2 mcm kat bwh tu. kalau lauk kau taknak mkn, jgn sentuh langsung. mcm kitorang, lauk yang agak2 pelik tu, dah asing siap2 dah. paling sedap kat sini sambal hijo! yummyh. terliur pulak. 


lepas makan, terus balik, check in. kepenatan jalan dari subuh. 


ni, hasil tangkapan hari first. hihi ;p 

Ok, kita sambung Bandung day second nnt. Stay tuned.