Wednesday, February 13, 2013

~sweet bandoeng~

memandangkan terlalu bz dan terlalu malas nak update trip ke bandung ini.. silalah baca cerita di bawah yg dicopy paste khas dari blog seseorang..(kami adik beradik, mmg kami berkongsi) hehee
p/s: mungkin anda pernah terbaca di blog len, sila skip sekiranya bosan yeee  =)


Hari ni baru la sempat nak update cerita Bandung. Jenuh jugak nak resize gambar satu2 nak masuk blog ni. Sebab tu dekat sebulan pergi, baru sempat nak update. Trip Bandung 3 hari 2 malam. Sepatutnya kitorang pergi 4 hari, tp 3 hari pun cukup lah. Nak jenjalan kan.

Dari Malaysia, flight pukul 6.40. Ayis dengan Sya kite hantar die naik shuttle bus dekat kl sentral tu. Tak muat la nak naik keta semua kan. Yang lain bakal menantu pilihan tolong hantar straight to LCCT. 


Flight subuh, bestlah. Tengok sunrise. Tapi kejap je jaga sebab masing2 lalok tido je. Sampai Bandung 8.30 waktu Malaysia. 7.30 waktu Bandung. Beza Malaysia dengan Bandung, lewat sejam. Sama mcm Msia Thai. 

Sampai Bandung, supir kitorang dah tunggu. Dani nama die. Semua pun perut dah kriok kriok tak mkn, Dani bwk kitorang breakfast dulu. Nak jalan pun, awal sangat.

1) First place, Kartika Sari. 

Kartika Sari lagi fames jual2 cookies, kek segala mcm kek. Tapi dekat tingkat atas, ada cafe. So boleh lah lepas shoping kek tu, mkn kat ats ats pulak. 



Exclusive jugak tempat dia.Si Dani ni memang keja dia bwk tempat2 mahal je. Tapi mahal Rupiah, compare dengan kita berapa je kan. 


Breakfast kat Bandung semua makanan berat2. Dah macam mkn lunch. Tapi, memang superb!!! Sedap gile.  Murah dan sedap. Uiii, rindu pulak nak makan mknn Bandung. Ada nasi rames. Nampak mcm telur tu, ha tu sedap! Dalam tu ada jagung. Lepas tu sambal goreng dia pun sedap. Tak sama mcm kat sini. 


Ni air mineral paling fames kat Bandung. Mintak air mineral, memang dorang akan bagi air aqua ni. Tapi kalau nak air manis, memang akan dapat teh botol la. Aku tak suka, sebab rasa dia mcm jasmine tea. 


kat Bandung ni, memang bersepah la orang mintak sedekah. Tapi biasanye Dani mesti bagi, paling2 pun 1000rp. mcm 30 sen duit Malaysia. 

2) Pasar Baru
Next destination, Pasar Baru. Shoping time.  

Tepi jalan nak pg Pasar Baru, belambak orang jual2 atas benda ni. Macam roda2 ni. Lupa la apa Dani ckp hari tu. Jangan beli, makanan tepi2 jalan mcm ni sebab tak tentu hygiene lg. Nanti ha, memang boleh sakit perut. 

Ni Dani dengan ayah. Supir kitorang. TIPTOP Dani ni.

Ni tingkat atas. Pasar Baru ni kalau kat sini macam Padang besar tu. Cuma kat sini tinggi. 7 ke 8 tingkat kalau campur ground floor dia. 

Nak beli lace, datang la sini. Murah! Kalau kat Jakel beribu, kat sini dapat 6++ je. Tu tokey dia. Macam Salman Khan hokey! haha. Duduk sini, dorang hidang teh botol, air wajib kt Bandung ni. Dengan kek lapis. Kenyang!


Taraaaa. Ni lace nikah saya. Tak sampai 5 minit dia buat ni.

3) Toko Tiga

Levis!!! Paling best kat sini. Jeans, hackett semua murah2!!! Baju superhero lagi la best. 

4) Factory Outlet - Jalan Dago, Rumah Mode. 
kat sini, lite2 je. tak best sgt. Tapi, kalau sape suka kumpul baju had rock ke, ha. boleh cari kat sini. hard rock around the world bolehdpt kat sini. dalam 20 lebih mcm tu je. 






5) Nasi Padang Sederhana

Baca blog orang, yang datang Bandung mesti akan singgah makan dekat Nasi Padang Sederhana  ni. Sedap!!  Harga pun ok, sederhana. Satu family makan, dalam seratus lebih mcm tu je. Tapi, makan kat sini, just minum air kosong. Tak pun Teh Panas. Sedap tapi tawar. 


Kat sini style, kau dtg, duduk je. nnt dia hantar lauk2 mcm kat bwh tu. kalau lauk kau taknak mkn, jgn sentuh langsung. mcm kitorang, lauk yang agak2 pelik tu, dah asing siap2 dah. paling sedap kat sini sambal hijo! yummyh. terliur pulak. 


lepas makan, terus balik, check in. kepenatan jalan dari subuh. 


ni, hasil tangkapan hari first. hihi ;p 

Ok, kita sambung Bandung day second nnt. Stay tuned. 

Wednesday, August 1, 2012

~ramadhan cruise buffet, tasik putrajaya~

Pada tanggal 28 Julai 2012 yg lalu, kami ber4 (apis sheela n kakak) nekad untuk berbuka di cruise tasik putrajaya.. wahhh makan mewah untuk sehari.. perjalanan yg penuh liku dan onak duri telah membawa kami ke sana.. (ini tipu) ;p

ermmm komen mengenai menu ramadhan di sana agak ok tp xla terlalu mewah seperti namanyeerr.. kami dihidangkan secara buffet dengan menu masakan melayu.. sedap dan servis yg diberi tiptoppp okee !!! cuma  menu yg dihidangkan agak sedikit dengan harga yg dibayar... TETAPI  suasana, pemandangan n angin malam di atas cruise mmg bestt sgt... mmg teruja.. =)

perjalanan kapal bermula dari pukul 8 selepas solat maghrib.. kami dibawa menikmati keindahan malam putrajaya selama 1.5 jam... macam lama kan??? 

kalau nk rase suasana alaa2 romantic bolehlah cuba ke sana... kepada anda anda semua.. 

enjoyy gambar2 di bawah =)


 price per nett

 
sementara tgu azan, posing dulu =)

ni la buffet yang tersedia, ok laa

lampu putrajaya, cantek kan

posing dan posing lagi

cantekkk kann??

juri makanan..hahaa


dalam kapal mewah =)

 oke, nak balek da :'(

sayonara!!! 


~THE END~







Thursday, June 14, 2012

~ Burger Bakar Abg Burn~


Menu: Triple Beef Burn Cheese
Price: RM19.50
Location: Taman Dagang, Ampang
Website: http://www.abangburn.com/index.php/en/burgerbakar/beef

             




Tuesday, June 5, 2012

oh JERAWAT !!!

ermm sape pernah ada masalah jerawat? saya..saya =) *bangga mengaku..

oke nak dijadikan cerita, dulu pernah mengalami masalah jerawat yang sangat teruk, akibat terpedaya dengan salah satu beauty centre di malaysia ni.. elok2 jerawat comel2 je kuar, amek kau jerawat besar2 batu lak kuar lepas wat treatment kat sana.. nama tempat ni r*** *** . jangan gatal dtg sana lagi..

da malas nak teruskan treatment, next g lak pharmacy. dorg bg liquid ni topicil nama dia.. wow !! sgt teruja, muka back to normal.. hahahaa happy.. harga dia dalam rm3+.++ je murah kan.. xpayah perabih duet beratus g beauty centre.. sapu tiap malam je smpai jerawat hilang.. habes cerita..

                                                       source: google images

tapi tup2, sgt sedey dalam sebulan yang lepas nek lagi jerawat yang sgt teruk, tatao nape mungkin stress keje.. da lama x pakai topicil ni, g la pharmacy nak cari balek tp sgt sedey lagi dorg ckp sini xjual.. dorg try bg mycin T3 ni lak.. tgk ingredients sama, tnye dia ok x? then, dorg explained ckp sama je beza mycin ni product Malaysia.. So ok, belilah barangan buatan Malaysia.. hehe sgt terkejut hasil ble pakai dalam 2 hari. jerawat mmg kecut. yang baru lg la segan nak nek kat muka ni.. Now, sapa2 de masalah jerawat jgn susah hati beli je mycin T3 ni.. Pakai pun senang mcm pakai toner, liquid yang mudah meresap.. harga pun murah gak rm28.00.. skng lau jerawat kecik baru je nak tumbuh cepat2 dab kan liquid ni.. esok pagi tgk da kecut.. Happy lagi . Sambil lompat2..


         source: google images

Friday, March 23, 2012

~TIPS~


Lelaki memang sering disifatkan sebagai gagah dalam serba-serbi. Fizikal mantap, penuh maskulin dan memiliki perwatakan yang mudah berterus-terang.Lelaki sering dilihat sebagai kurang emosi dalam bab berkasih sayang kecuali anda adalah lelaki yang memang romantik. Kalaulah anda sudah berpacaran atau berpasangan, sesekali pasti tercetus pertengkaran. Ada ketika perkara remeh seperti anda tidak memberi respon yang segera pada pertanyaan si dia, gadis sudah merenyuk-renyuk merajuk. Perempuan kalau marah ada ketikanya lupa diri.Lelaki, apakah yang perlu dilakukan agar memenangi pertengkaran itu?

Ikuti tips-tips di bawah:

Jangan Naikkan Suara

Itu pantang bagi perempuan. Kalau anda naikkan suara, si kekasih akan bertambah baran dan angin. Perempuan memang cukup pantang kalau lelaki suka menaikkan suara. Bagi perempuan itu lelaki memang sombong dan angkuh. Suara yang keras dan tinggi lambang keegoanlelakiyang tinggi. Kalau lelaki bersuara tinggi, perempuan akan lebih meninggikan suara kerana tidak mahu mengaku kalah. Kesudahanya keadaan menjadi lebih buruk.

Jadilah Pendengar Yang baik dan Yang Pertama

Be the first man to list. Lelaki memang menpunyai reputasi yang buruk sebagai pendengar. Mereka jarang menumpukan perhatian pada ayat awal seorang wanita dan juga penyudah kata-kata wanita. Bagi mereka suara wanita mungkin bagai nyamuk yang hanya kuat berdengung. Ini sering menjadi punca kepada pertelagahan wanita dengan lelaki kerana lelaki akan lebih banyak menjawab dengan,”Aaaa… apa dia?” Setiap kali perempuan bercakap.

Fokus Satu Topik

Orang perempuan memang suka bercakap berbelit-belit. Kejap begini, kejap begitu. Kalau tiada gangguan emosi mungkin tidak mengapa, namun macam mana kalau waktu dia sedang haid? Tentu semuanya jadi huru-hara. Apa lagi emosi terganggu, jadi biarkan perempuan berleter,membebel atau mengarut dan jangan sesekali anda pura-pura tidak dengar atau mengalih topik. Ini akan menjadi kemarahan perempuan. Bagi mereka anda tidak boleh dibawa berunding.

Mengaku Anda Salah, Anda Akan Menang

Hah! Ini satu rahsia untuk menang dalam pertengkaran dengan perempuan. Kalaulah berlaku perselisihan faham, tak guna mahu berhujah dengan perempuan. Walaupun menang betul itu salah orang perempuan namun mereka akan tetap mahu menang. Ini adalah lumrah diri orang perempuan. Namun kalau anda dengan penuh berhemah dan selamba mengakui sebarang kelemahan, kekurangan atau kesilapan, dia akan cair dan terus senyap. Dalam sentap sebenarnya pertelingkahan berakhir. She can never, ever win a fight if you admit you are wrong first. Ia memang mudah namun memerlukan kekuatan diri lelaki agar merendahkan ego mereka.

Biarkan Dia Layan Perasaan

Memang ada pada ketika dan saatnya perempuan memang sengaja cari pasal. Ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja yang menyebabkan dia naik angin. Serba tidak kena, serba salahlelakidibuatnya. Pejamkan sajalah sebelah mata, memang pada musim tertentu setiap bulan, sekali, pasti perempuan akan moody. Itu memang perangai semula jadi perempuan. Kalaulah ini berlaku, anda diam dan buat faham sahaja. Walaupun mungkin si perempuan akanmenangisdan berbentak-bentak, berdiam diri adalah cara yang paling baik. Itu sahaja ubat kepada emosi perempuan yang tercalar ketika dia datang haid.

Ungkapan Maaf

Memang sukar lelaki mahu lafazkan maaf. Jarang lelaki mahu minta maaf pada kesilapan yang berlaku. Tidak rugi sebenarnya anda mengucapkannya kalau anda mahu hubungan sentiasa jernih dan harmoni. Perempuan selalu membuat andaian, lelaki pandai membeli jiwa perempuan kala memikat. Ketika itu semuanya serba okay, semua tidak menjadi halangan. Namun apabila sudah pasti dapat cinta perempuan lelakimulai menyerlah sikap egonya. Jadi apa salah kalaulelaki beralah sikit untuk kebahagian.

p/s: SAYA SETUJU !!!

Article Source: http://tanyalelaki.com/6-tips-lelaki-menang-kala-bertengkar

Images Source: google images