Monday, November 23, 2009

~MUVIE~


hmmm xsabar nk tgk "twilight saga:new moon"



~erghh sgt ske edward cullen~




Thursday, November 19, 2009

HOLIDAY~

cuti semester suda bermula..setelah penat lelah menyiapkan lab report..esement..test dan final xam...akhirnya bole berehat..yeeaahhh.. abes xam terus blek kL...

rutin harian sms cuti:makan sepuas2nyeerr

tgk tb smpai bosan

online smpai lebam

makan dan makan lg

window shopping ngan kwn2

tedo ble da sgt ngantok


rutin ini berulang sehingga cuti sem berakhir...haisshh ini sgt bahaya...ble bukak sem bru nnti...insyaAllah badan akan jd spt ini:


MUNGKINKAH???? oOOwh TIDAKKK!!!!!



Saturday, November 7, 2009

~~MIMPI NGERI~~

~kete yg menjadi mangsa buat kali ke.. hee byk kali da~


PENGENALAN:

pada bulan lepas, aku telah terlanggar kereta seorang staff di kampusku...terasa sgt baik hati pabila aku telah meletakkan no telefon di cermin keretanya... huhuu ikutkan hati bole pergi je kerana tuan kereta tiada di tempat kejadian... terasa spt mahu bertanggungjawab kerana kejadian berlaku di kampus sendiri..byk mata yg memandang..haisshh jatuh saham...

itu bkn cerita yg sgt best untuk dikongsi kerana ia telah sering kali berlaku..hehee kejadian ke 2 berlaku mlm 3 Nov 2009.. sgt seram dan merupakan mimpi ngeri dlm hidupku...syukur aku masih selamat... terima kasih Tuhan beri aku peluang ke 2...

(afamosa-pulau sebang-tampin-alor gajah)

3 Nov 2009, 7.50 pm
mlm itu, aku dan rakanku ingin keluar mkn mlm seperti biasa.. kali ini aku tidak bawa kereta dan hanya menjadi penumpang di sebelah... seperti biasa, aku dgn selesanya duduk besila sambil tidak memakai tali pinggang keselamatan dgn girang gembira berbual dan gelak ketawa...huhuuu tiba2 kwnku menekan brek kecemasan kerana ade lopak air di depan...(ujan yg sgt lebat)... dlm beberapa saat terasa spt bunyi yg sgt kuat dan aku terjatuh... belum sempat aku bangun terdengar lg bunyi dan kereta kami seperti dilanggar dr belakang buat kali ke 2...aku yg buntu dan menahan sakit yg teramat sgt tidak memahami situasi sebenar..kwnku menangis dan meraung mungkin dlm ketakutan...dia bernasib baik kerana memakai tali pinggang pada kejadian itu...

3 Nov 2009, 8.30 pm
kami seperti tidak tahu berbuat apa2 duduk di dlm kereta hampir setengah jam...tersedar bila org dtg ketuk tingkap di sebelah tmpt dudukku... dgn payah dan menahan sakit, aku keluar dan amat terkejut bila org ramai sudah bekerumun di luar... terdapat lg 2 buah kereta yg mengalami kecelakaan di blkng kereta kami...huh x sangka melibatkan 3 buah kereta dlm kemalangan secara tiba2 itu...

3 Nov 2009, 10.00 pm
setelah rakan2 dtg, kami membuat report polis di alor gajah..ditemani oleh seorg tokey bengkel kereta yg baik hati.. (nk cari duit lebey) tlg kami dari A smpai Z... kereta kami td telah ditarik dan dibawa ke bengkel tokey cina itu...

4 Nov 2009, 12.00 am
semua sudah selesai, kami pulang... ibu rakan ku td tiba2 menyuruh anaknya mengambil kereta kembali kerana takut kami ditipu... dia mahu repair kereta di raub (rumah rakanku itu)...kami buntu dan aku teringat seorng lg rakan (din, anak jati Tampin) utk meminta bantuan... kami bernasib baik kerana dia ketika itu sdg bermain futsal dan menyuruh kami dtg ke situ...

4 Nov 2009, 1.30 am
kami tiba di futsal tampin...din perkenalkan kami kpd seorg abg merangkap tokey futsal itu dan juga penguatkuasa majlis daerah tampin...setelah menceritakan pape yg perlu, abg itu menyuruh kami mengambil kereta pd esok hari..dgn jaminan dia kenal dgn tokey bengkel itu dan percaya tokey tidak akan menipu..

4 Nov 2009, 10.00 am
spt yg dijanjikan, kami ditemani abg smlm pergi ke bengkel itu.. (siap pakai uniform penguatkuasa lg) setelah mereka ber 2 berbincang kami dpt membawa balik kereta dgn bayaran hanya RM250 dr RM500 yg tokey itu kenekan kpd kami pd mlm kejadian... jimat separuh duit dr harga sebenar...

4 Nov 2009, 11.30 am
setelah semua selesai kami pun pulang ke rumah dan mengulangkaji pelajaran kembali...kerana kami sedang menduduki peperiksaan akhir ketika itu.. masih sempat kerana peperiksaan berlangsung pada pukul 2 pm..syukur semua sudah selesai dan lega walaupun aku fobia untuk memandu...utk pengetahuan, kereta aku masih di parking selama 3 hari kerana aku masih belum bersedia utk memandu...tp smpai bile??? xkn nk duk melaka tidak mahu pulang ke kL ke??? huhuuu aku kene kuat...

PENUTUP:

sgt syahdu dan sebak ketika melihat keadaan kereta di bengkel itu...semua kereta yg ditarik merupakan kereta kecelakaan jalan raya..spt melawat "hospital kereta" dimana kereta semua dlm keadaan tenat...kami membuat kesimpulan, semua mangsa telah pergi ke Rahmatullah melihat dari kondisi kereta di situ... kejadian ini amat menginsafkan aku...


SEKALUNG TERIMA KASIH:

ayah: yg selalu telefon bertanya kabar tanpa henti dan memberi kata2 semangat..
mama: yg asyik risau tntg keadaan sakit di belakangku, sehingga aku terpaksa menipu bhw aku tidak sakit lg..sowie ma..
kaklong n nana: teman chating dan memberi kata semangat...
sue, imah, nad, syak n joe: teman sepanjang kejadian berlaku...
din tampin: pekenalkan kami kpd abg yg bole menjimatkan duit kami..heee...
abg helmi: selaku tokey futsal dan penguatkuasa tampin yg semua org kenal dan hormat beliau...
tokey bengkel: sowie tokey x anta repair kt bengkel kamu..
ninie: rakan selaku driver pada mlm kejadian...


p/s: entry kali ini terasa sgt skema..maaf ayat yg agak tunggang langgang...=P


~sekadar gambar hiasan~

Al-Fatihah kpd mereka yg telah pergi...
berhati-hatilah di jalan raya...


~~experience is the best teacher~~



Monday, November 2, 2009

EXAM FEVER~

eerrmmm exam fever...
iela sila study...jgn byk main lg...
betolkan pape yg x betol...kasi mama ngan a
yah bangga.... =)


BEST OF LUCK
~NURUL FAZILA FAIDZUL ADZHAR~

~a.k.a gurlygarlz~