Friday, March 23, 2012

~TIPS~


Lelaki memang sering disifatkan sebagai gagah dalam serba-serbi. Fizikal mantap, penuh maskulin dan memiliki perwatakan yang mudah berterus-terang.Lelaki sering dilihat sebagai kurang emosi dalam bab berkasih sayang kecuali anda adalah lelaki yang memang romantik. Kalaulah anda sudah berpacaran atau berpasangan, sesekali pasti tercetus pertengkaran. Ada ketika perkara remeh seperti anda tidak memberi respon yang segera pada pertanyaan si dia, gadis sudah merenyuk-renyuk merajuk. Perempuan kalau marah ada ketikanya lupa diri.Lelaki, apakah yang perlu dilakukan agar memenangi pertengkaran itu?

Ikuti tips-tips di bawah:

Jangan Naikkan Suara

Itu pantang bagi perempuan. Kalau anda naikkan suara, si kekasih akan bertambah baran dan angin. Perempuan memang cukup pantang kalau lelaki suka menaikkan suara. Bagi perempuan itu lelaki memang sombong dan angkuh. Suara yang keras dan tinggi lambang keegoanlelakiyang tinggi. Kalau lelaki bersuara tinggi, perempuan akan lebih meninggikan suara kerana tidak mahu mengaku kalah. Kesudahanya keadaan menjadi lebih buruk.

Jadilah Pendengar Yang baik dan Yang Pertama

Be the first man to list. Lelaki memang menpunyai reputasi yang buruk sebagai pendengar. Mereka jarang menumpukan perhatian pada ayat awal seorang wanita dan juga penyudah kata-kata wanita. Bagi mereka suara wanita mungkin bagai nyamuk yang hanya kuat berdengung. Ini sering menjadi punca kepada pertelagahan wanita dengan lelaki kerana lelaki akan lebih banyak menjawab dengan,”Aaaa… apa dia?” Setiap kali perempuan bercakap.

Fokus Satu Topik

Orang perempuan memang suka bercakap berbelit-belit. Kejap begini, kejap begitu. Kalau tiada gangguan emosi mungkin tidak mengapa, namun macam mana kalau waktu dia sedang haid? Tentu semuanya jadi huru-hara. Apa lagi emosi terganggu, jadi biarkan perempuan berleter,membebel atau mengarut dan jangan sesekali anda pura-pura tidak dengar atau mengalih topik. Ini akan menjadi kemarahan perempuan. Bagi mereka anda tidak boleh dibawa berunding.

Mengaku Anda Salah, Anda Akan Menang

Hah! Ini satu rahsia untuk menang dalam pertengkaran dengan perempuan. Kalaulah berlaku perselisihan faham, tak guna mahu berhujah dengan perempuan. Walaupun menang betul itu salah orang perempuan namun mereka akan tetap mahu menang. Ini adalah lumrah diri orang perempuan. Namun kalau anda dengan penuh berhemah dan selamba mengakui sebarang kelemahan, kekurangan atau kesilapan, dia akan cair dan terus senyap. Dalam sentap sebenarnya pertelingkahan berakhir. She can never, ever win a fight if you admit you are wrong first. Ia memang mudah namun memerlukan kekuatan diri lelaki agar merendahkan ego mereka.

Biarkan Dia Layan Perasaan

Memang ada pada ketika dan saatnya perempuan memang sengaja cari pasal. Ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja yang menyebabkan dia naik angin. Serba tidak kena, serba salahlelakidibuatnya. Pejamkan sajalah sebelah mata, memang pada musim tertentu setiap bulan, sekali, pasti perempuan akan moody. Itu memang perangai semula jadi perempuan. Kalaulah ini berlaku, anda diam dan buat faham sahaja. Walaupun mungkin si perempuan akanmenangisdan berbentak-bentak, berdiam diri adalah cara yang paling baik. Itu sahaja ubat kepada emosi perempuan yang tercalar ketika dia datang haid.

Ungkapan Maaf

Memang sukar lelaki mahu lafazkan maaf. Jarang lelaki mahu minta maaf pada kesilapan yang berlaku. Tidak rugi sebenarnya anda mengucapkannya kalau anda mahu hubungan sentiasa jernih dan harmoni. Perempuan selalu membuat andaian, lelaki pandai membeli jiwa perempuan kala memikat. Ketika itu semuanya serba okay, semua tidak menjadi halangan. Namun apabila sudah pasti dapat cinta perempuan lelakimulai menyerlah sikap egonya. Jadi apa salah kalaulelaki beralah sikit untuk kebahagian.

p/s: SAYA SETUJU !!!

Article Source: http://tanyalelaki.com/6-tips-lelaki-menang-kala-bertengkar

Images Source: google images


2 comments: