Wednesday, July 15, 2009

aku terima nikahnya


AKU TERIMA NIKAHNYA

Aku Terima Nikahnya? Itulah karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang lebih dikenali dengan webnya, Saifulislam.com. Buku tulisan Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali dengan gelaran Abu Saif, sangat menarik untuk dibaca. Banyak perkongsian pengalaman beliau semasa berada di Ireland diluahkan dalam buku ini. Saya dengan rasa bangga dan berani untuk mensyorkan kpd anda novel ini untuk dibaca ataupun mengisi masa lapang anda. Kepada rakan-rakan yang mahu menambahkan ilmu pengetahuan dan pengajaran daripada pengalaman, saya cadangkan untuk membaca buku ini.

Diolah dalam gaya santai dan pendekatan bercerita, dengan dialog2 biasa yang merencahi kehidupan sekitar dunia rumah tangga, buku ini menjanjikan pengalaman membaca yang mengasyikkan. Suami mahupun isteri dibawa menghargai keunikan diri masing2, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, lalu belajar untuk saling memahami..demi menyempurnakan perjalanan sebuah rumah tangga bebekalkan syariat Allah dan sunnatullah.

Mungkin ramai antara kita yang sensitif mendengar perkataan ‘Cinta’ dan ‘Nikah’. Apapun kita seharusnya berfikiran positif untuk menambah ilmu dan pengetahuan melalui pembacaan buku. Jangan sempitkan bahan bacaan kita, pelbagaikan, sama ada novel, buku sejarah, ekonomi, politik, haraki dan sebagainya. Moga minda kita lebih matang dan terbuka.



"melihat perkahwinan sbg medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta....TETAPI
melihat perkahwinan sbg medan untuk memberi,

akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan"


"......terimalah seseorang seadanya..kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai...."